Sejarah Sekolah

Sekolah dinamakan SMK Taman Sejahtera (SMKTS). Mula operasi pada 7 Januari 2002.
Lokasinya di kawasan perumahan Taman Sejahtera,Alma,Bukit Mertajam. Terletak 6Km dari Bandar Bukit Mertajam. Keperluan penubuhan sekolah ini adalah kerana pertambahan penduduk di kawasan ini dan sekolah sedia ada tidak dapat menampung pelajar.
 
Pembinaan bangunan seluas 9 ekar dimulakan pada 1999 dan siap pada 26 september 2001 iaitu 4 blok bangunan dan sebuah padang. Sesi persekolahan dimulakan dengan jumlah pelajar seramai 320 orang. Dalam 9 buah kelas iaitu 3 kelas peralihan dan 6 kelas tingkatan satu. Bilangan guru adalah seramai 19 orang dan seorang Pembantu Tadbir Rendah dan seorang Pembantu Am Rendah.
 
Sekolah ini terus berkembang maju menjadi sebuah sekolah yang terbaik dari tahun 2002 hinggalah sekarang.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Wan Abd Halim b. Haji Wan Mohamad. Beliau dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran En.Abd.Salis b.Abd.Halim dan Penolong Kanan Hem Pn.Hjh.Sharifah Hanim bt.Syed Zain.